Assalamualaikum,,
Sangat lama tidak
meng’update’ blog, sempat bersawang, berhabuk bagai. Niat tu ada Cuma masa je
yg tak mengizinkan. Sejak aku take over JD officemate aku nie, kerja aku semua
jadi kelam kabut. Lagi-lagi nak raya. Macam-macam order yg datang. The best
part, semua order last minute. Hari nie order, esok nak,, Terkangkang-kangkang
aku nak kejar semua keje, mesti settlekan sebelum cuti raya & sebelum aku menamatkan
perkhidmatan aku kat sini. Rsign kah?i?? Opppss!! Next entry la cerita pasal
resign2 nie. Agak tragis ok,, Tragis ke?
Sebenarnya aku nak
cerita pasal rutin harian aku sebelum, semasa & selepas raya.
Sebelum Raya (bulan
Ramadhan)
Tahun nie macam biase
aku puasa di perantauan. Berpeluang berbuka puasa bersama keluarga hanya
sekali. Bezanya tahun nie lain sikit sebab adik aku yg no.4 stay dengan aku, so
ada la jugak kawan. Kalau dia takde pun aku still ber’kawan’ jugak. Huhu.. Lagi
ramai lagi meriah kan? Macam tahun lepas, setiap kali buka puasa aku berbuka
kat rumah Zul (merangkap family angkat aku). Setiap hari ok,,, (kalau tak
berbuka kat luar la..)
Puasa macam biasa,
takde pape yg special, yg lebih ke ape. Cuma tahun nie aku banyak sangat
ponteng puasa. Huk,, Huk.. Dah bertahun tak kena gastrik yg teruk, tahun nie
memang sakit la aku,, (sakit sebab gastrik, sakit nak mengganti puasa.) 15 hari
kot aku tak puasa. Masak la aku nak mengganti. Takpe, pelan2 kayuh.
Persiapan raya
tersangat la sederhana. Puasa pun 15 hari je, nak raya lebih2 plak kan? Baju,
tudung, kasut semua beli last minute. Sampai curi2 keluar time office hour.
Haha,, (kantoi plak tu..) Nasib baik tak kena warning letter ke apa..
Aku balik kampung
sehari sebelum raya (hari Sabtu). Hari Jumaat malam tu sempat la aku
bershopping. Shopping pun bukan untuk aku, untuk rumah mak aku. Aku borong
bunga tak ingat. Segala macam bunga aku borong sampai terlupa nak beli kuih
raya. Akibatnya kat rumah aku takde kuih. Kebetulan adik aku pun tak beli kuih,
beli bunga je. So rumah aku memang macam2 bunga la yg ada. Ha caner? Aku cakap dengan
mak aku, makan la bunga tu sorang sikit. Hihi… Takpe la,, untuk rumah aku
jugak, rumah baru. Tetttttt! Nak dijadikan cerita lebih hebat, malam raya
sambung lagi shopping. Kali nie shopping kuih raya plak dengan mak & adik
perempuan aku. Hebat ke??
Semasa Hari Raya
Tahun nie macam agak
serabut sikit sebab tak tau nak raya kat mana. Selalu beraya dengan nenek kat
Raub (walaupun kat rumah Pak Ngah), tapi tahun semua pun macam kelam kabut.
Adik beradik mak semua beraya sendiri2. Sedih! Tapi disebabkan nenek aku ada
kat rumah Acik, so kitorg plan nak pergi Bukit Beruntung. Walau apa pun nak
jugak beraya dengan nenek. Ada beberapa plan yg mak aku dah plan.
Plan A: Raya kat rumah
sendiri je (Rumahku Syurgaku). Tak payah pegrgi mana2
Plan B: Raya pertama
kat rumah sendiri, then raya k-2 pergi ke Bukit Beruntung (rumah Makcik; adik
mak aku), then balik semula ke Pahang. Sebelum sampai Bukit Beruntung berhenti
kat checkpoint pertama di Raub (rumah Pak Usu, adik mak aku jugak).
Plan C: Pagi raya
dirumah sendiri, then terus bergerak ke Raub, keesokkan harinya baru bergerak
ke Bukit Beruntung.
Keputusannya: Plan C.
Semua berjalan lancar seperti yg dirancang. Tapi tak semua yg pergi sebab
kereta aku kecik je, tak muat nak sumbat semua. Adik aku yg no.2 tu tak balik,
so abah & adik lelaki yg no.4 tu terpaksa la tinggal. Pergi la kami2 je
(aku, mak, adik perempuan & 2 orang lagi adik lelaki aku). Drivernya adalah
aku! Adik perempuan aku pun boleh drive jugak, aku je yg tak yakin dengan dia.
Lagipun dia tu pakai lessen ‘Agung’!
Seronok dapat beraya
dengan nenek. Harap2 tahun depan masih ada kesempatan untuk aku beraya dengan
nenek. InsyaAllah..
Selepas Raya
Kembali bekerja
selepas seminggu coti raya. Aku bekerja kat sini 2 minggu je. Lepas tu,
caucincau!! September akan jadi bulan yg sangat mencabar bagi aku. Bulan
September jugak la aku mulakan karier aku kat sini 2 tahun lepas. Sangat
mencabar, sangat gembira, sangat bersyukur.
Apa jadi pada aku
September depan, tunggu next entry k…
Kalau ada masa aku
cerita pasal bulan September 2 tahun lepas.
Nie gambar yg ada & yg sempat snap masa raya~
with Adik
Iman, Pozi, Kak Lang
Mereka lagi but with Adik
Kami ~ get ready nak nyanyi lagu Negara Ku ~~ kot......
Kami sekeluarga
With Mak
With Mak & Adik
Perempuan2 dlm family ~ adik pun nak join juge...
Abah & Mak
KAMI with Mak
Drama~
Beraya di Bukit Beruntung 1
Beraya di Bukit Beruntung 2
Beraya di Bukit Beruntung 3 ~ with Pak Usu & Nenek
Beraya di Bukit Beruntung 4
Beraya di Bukit Beruntung 5
Beraya di Bukit Beruntung 6
Beraya di Bukit Beruntung 7
Beraya di Bukit Beruntung 8
Beraya di Bukit Beruntung 9 ~ cousins
Beraya di Bukit Beruntung 10 ~ cousins lagi
Beraya di Bukit Beruntung 11 ~ cousins lagi
Beraya di Bukit Beruntung 11
Beraya di Bukit Beruntung 12 ~ cousin
Beraya di Bukit Beruntung 13
Beraya di Bukit Beruntung 14
Beraya di Kuang 1
Beraya di Kuang 2 ~ makan macam orang lapar. Pegang 1 balang kuih sorang..
Beraya di Kuang 3
Baby kesayangan~~
Rumahku Syurgaku 1 ~ Baby kesayangan~~
Rumahku Syurgaku 2
Rumahku Syurgaku 3
Rumahku Syurgaku 4
Get ready nak pegi beraya 1
Get ready nak pegi beraya 2
Nenek kesayangan~
Sekian!
To be continued…..
No comments:
Post a Comment